KANGAR: Sepasang suami isteri dan komuniti Wang Gunung di sini yang sudah lebih 15 tahun mencari herba di Banjaran Nakawan di sini mengorak langkah dengan menghasilkan produk berasaskan tumbuhan berkenaan. Komuniti tersebut bersama syarikat MEP Ventures Sdn. Bhd. mengambil inisiatif membangunkan pelbagai produk herba dari banjaran batu kapur terpanjang di Malaysia dengan jenama Nakawan Herbs itu yang sekali gus menjadi produk dan tarikan baharu di negeri ini, selain memberi limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar. Selain kaya dengan keindahan flora dan fauna, Banjaran Nakawan sepanjang 36 kilometer dari Bukit Batu Putih,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya