LBS raikan pelancaran rasmi Centrum IRIS - Utusan Malaysia

LBS raikan pelancaran rasmi Centrum IRIS

Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Sri Daniel Lim dan Dato’ Cynthia Lim, bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lucas Lim, di majlis pelancaran Centrum Iris bersama-sama menyaksikan dengan tarian singa yang melambangkan kemakmuran, tuah dan permulaan yang penuh keberkatan bagi pembangunan baharu ini di Cameron Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEMPERKASA GAYA HIDUP DI TANAH TINGGI DENGAN ELEMEN KLASIK INGGERIS DAN TUMPUAN KELESTARIAN

CAMERON HIGHLANDS: LBS Bina Group Berhad (“LBS” atau “Kumpulan”), pemaju hartanah terkemuka pilihan rakyat, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran rasmi Centrum Iris, Presint kedua di perbandaran ikoniknya, Cameron Centrum.

Dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) berjumlah RM472 juta, Centrum Iris secara rasmi menjadi pembangunan komersial bercampur terbesar di Cameron Highlands, sekali gus menetapkan penanda aras baharu bagi kehidupan bersepadu di kawasan tanah tinggi.

Centrum Iris, fasa kedua dalam perbandaran Cameron Centrum, merupakan satu pencapaian penting dalam merealisasikan visi LBS untuk mentakrifkan semula gaya hidup tanah tinggi. Projek ini dibangunkan berasaskan kejayaan Presint 1, pembangunan bercampur terbesar di Cameron Highlands yang telah siap pada tahun 2021.

Presint 1 menampilkan sejumlah 58-unit kedai pejabat dan kini dipenuhi 95 peratus oleh jenama-jenama terkenal sektor makanan & minuman, perbankan, penjagaan kesihatan serta keperluan harian. Ekosistem komersial yang pesat berkembang di Presint 1 telah menyediakan asas kukuh untuk kejayaan Centrum Iris, sekali gus menawarkan kemudahan gaya hidup sedia ada dan tarikan pelaburan berdaya saing. 

Centrum Iris muncul sebagai pembangunan pertama di Cameron Highlands yang menerima ‘Silver GreenRE Certification – satu pengiktirafan terhadap komitmen berterusan LBS dalam pembangunan lestari bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Sri Daniel Lim dan Dato’ Cynthia Lim, serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Lucas Lim, hadir pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) bersama MyKey International dan Dreamscape Hospitality Group, sempena pelancaran rasmi Centrum Iris di Cameron Highlands.

 Mengutamakan konsep kehidupan hijau dalam reka bentuknya, projek ini merangkumi kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), 47 fasiliti berorientasikan gaya hidup, serta kafe dan restoran bumbung yang menawarkan pemandangan panorama tanah tinggi. Keseluruhan elemen ini dirancang secara strategik bagi menyokong kehidupan yang lebih hijau dan sihat.

Terletak di tengah-tengah pusat komersial Brinchang yang sedang pesat membangun, Centrum Iris menawarkan 705-unit kediaman (berkeluasan antara 595 hingga 1,370 kaki persegi, dengan permulaan harga dari RM476,000) dan 26-unit komersial (berkeluasan antara 615 hingga 2,944 kaki persegi, dengan permulaan harga RM676,000).

Pembangunan ini, menggabungkan seni bina moden dengan elemen penampilan elegan berinspirasikan reka bentuk Inggeris, mewujudkan destinasi gaya hidup yang unik dan berprestij di kawasan tanah tinggi yang sesuai untuk pemilik rumah mahupun pelabur. 

Antara tumpuan utama di majlis pelancaran tersebut adalah pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) bersama pengendali platform sewaan pelancongan, MyKey International (“MyKey”) dan Dreamscape Hospitality Group (“Dreamscape”). Inisiatif ini dijangka membuka peluang pulangan pelaburan yang lebih mudah dan efisien kepada pembeli dan pemilik rumah LBS. 

“MOU ini membolehkan kami memperluaskan daya tarikan Centrum Iris dengan konsep pemilikan kediaman sekali gus meneroka potensi pasaran sewaan jangka pendek di lokasi pelancongan utama Malaysia,” ujar Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Sri Daniel Lim, yang turut merasmikan majlis pelancaran tersebut.

Katanya, pelancaran itu bukan sekadar satu pencapaian dalam pembangunan hartanah, malah ia mencerminkan misi berterusan LBS untuk membina komuniti yang rancak dan lestari, dilengkapi dengan fungsi moden serta gaya hidup kontemporari.”

Pengarah Eksekutif LBS, Dato’ Cynthia Lim serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim turut hadir di majlis tersebut. 

Centrum Iris telah mencapai kadar tempahan yang memberangsangkan setakat ini, sekali gus mencerminkan keyakinan pasaran yang semakin meningkat terhadap potensi pelaburan. Lokasi yang strategik di tengah-tengah bandar Brinchang ini merupakan pusat tumpuan pelancongan dan perdagangan menjadikan bangunan ini pilihan utama pembeli yang mengutamakan nilai jangka panjang dan daya tarikan tanah tinggi sepanjang tahun. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 1700 81 8778 atau layari www.cameroncentrum.com.my. Sebagai alternatif, kunjungi Galeri Jualan Centrum Iris di C-2-48, Presint 1, Cameron Centrum, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. Kami dibuka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

Untuk kemudahan anda, Galeri Jualan Satelit bagi Centrum Iris turut disediakan di Aras Bawah, LBS 2, Petaling Jaya, Selangor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN