'Lama kami tunggu kelahirannya, tetapi dia pergi sekelip mata'

‘Lama kami tunggu kelahirannya, tetapi dia pergi sekelip mata’

V. VENNPANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Tragedi bot terbalik dan karam di Pulau Perhentian, Terengganu yang meragut tiga nyawa termasuk dua kanak-kanak meninggalkan emosi mendalam terhadap nenek kepada salah seorang mangsa.

Panjawarnam, 68, berkata, kejadian yang mengorbankan cucunya, V. Vennpani, 10, terlalu sukar untuk diterima memandangkan mereka sekeluarga cukup lama menunggu kehadirannya.

“Lama kami tunggu kelahirannya tapi sekelip mata dia pergi meninggalkan kami. Saya kehilangan cucu yang baik, mendengar kata serta periang selain dikasihi semua kerana dia merupakan anak tunggal.

“Saya sedih kerana dia hanya bersama kami dalam tempoh yang singkat dan pastinya saya sukar melupakan semua kenangan bersamanya kerana saya yang menjaganya sejak dilahirkan,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Dalam tragedi itu, dua lagi mangsa yang meninggal dunia ialah S. Arumugam, 40, dan anaknya, A. Sarrvih, 3, yang turut dikenali Panjawarnam.

Menurut Panjawarnam, cucunya merupakan anak tunggal kepada pasangan M. Vijeya Raj, 40, seorang guru Pendidikan Jasmani di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil Palanisamy Kumaran di Sungai Division, Petani Para, di sini dan K. Nalini, 39, yang bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang.

“Cucu saya memang beriya-iya hendak mengikuti ibu bapanya bercuti di Pulau Perhentian bersama tiga lagi keluarga sempena cuti hujung minggu yang panjang.

“Mereka bertolak pada pagi Jumaat lalu dan sepatutnya pulang semalam. Tetapi kira-kira pukul 1 pagi semalam, saya menerima panggilan telefon salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden itu.

“Saya terkejut dan hampir pengsan ketika dimaklumkan cucu yang belajar di sekolah sama dengan bapanya mengajar maut dalam kejadian itu walaupun dalam masa sama bersyukur kerana ibu dan bapanya terselamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN