IPOH: Sebanyak 214 kes kemalangan jalan raya termasuk lima kejadian maut dilaporkan berlaku di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dari Januari hingga Mei tahun ini. Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kereta merekodkan jenis kenderaan tertinggi dalam kes kemalangan bagi tempoh sama iaitu 147 kes diikuti kenderaan pelbagai guna atau van (39), motosikal (24), kenderaan pacuan empat roda (30) dan lori (16). Katanya, kemalangan melibatkan kenderaan berat pula…