PETALING JAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan menggesa agar semua pihak mengawal tindakan masing-masing bagi mengelak peningkatan ketegangan di Timur Tengah. Mohamad membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Iran, Abbas Araghchi di luar Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke-51 di Istanbul, Turkiye. “Kedua-dua Menteri membincangkan perkembangan semasa berikutan serangan terbaharu ke atas Iran,” kata Wisma Putra dalam kenyataan. Konflik Iran dan Israel tercetus pada 13 Jun lalu selepas Israel melancarkan serangan udara di beberapa lokasi di seluruh Iran. Keadaan tersebut menyebabkan Tehran bertindak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya