Komposer Adinda Amiro meninggal dunia

Komposer Adinda Amiro meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Komposer, penulis dan penyanyi terkenal, Adinda Amiro atau nama lengkapnya Saidin Omar, 66, meninggal dunia di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, malam tadi.

Khabar duka tersebut dimaklumkan oleh rakannya, Budiman Mohd. Zohdi menerusi hantaran di Facebook.

“Al Fatihah. Saidin Omar pulang ke Kampung Abadi, sekarang jenazah masih di Hospital Serdang (Sultan Idris Shah). Masih menunggu proses-proses seterusnya.

“Ramai kawan-kawan turut berada di hospital. Sinaganaga Lan Benhussain, Saleeh Rahamad, Mohd Khair, Mutalib Uthman,” tulisnya.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sri Gombak.

“Khabarnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Sri Gombak. Maklumat lanjut akan dimaklum,” jelasnya.

Dalam hantaran tersebut, Budiman memaklumkan mereka sempat bersama-sama menghasilkan sebuah lagu untuk sambutan Aidiladha.

“Sempat kolaborasi projek yang terakhir lagu Korbankanlah sempena Aidiladha. Rahsia yang menjadi rahsia-Nya,” kongsinya.

Antara karya Allahyarham yang terus segar dalam ingatan peminat termasuk lagu Aduhai Seribu Kali Sayang yang dinyanyikan Allahyarham Saleem Iklim, Permaidani (Aris Ariwatan) dan Bukan Aku Tak Cinta (Iklim).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN