Kilang e-waste haram di Ipoh diserbu, nilai rampasan cecah RM111

Kilang e-waste haram di Ipoh diserbu, nilai rampasan cecah RM111 juta

SHAHRUM Hashim (kanan) meninjau sisa e-waste yang dirampas dalam serbuan di Kawasan Perindustrian Pengkalan di Lahat, Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Risikan selama sebulan berjaya membongkar akti­vi­ti kilang haram memproses sisa elektronik (e-waste) di Ka­wasan Perindustrian Pengka­lan, Lahat di sini dengan ram­pasan pelbagai barangan mencecah RM111 juta.

Komander Briged Utara Pa­sukan Gerakan Am (PGA), Se­nior Asisten Komisioner Shahrum Hashim berkata, operasi pada pukul 7 malam kelmarin dijalankan bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) berjaya menahan lima warga Myanmar dipercayai merupakan pekerja kilang berkenaan.

Katanya, premis itu menja­lankan aktiviti memproses sisa e-waste, plastik, logam dan aluminium tanpa kelulusan JAS.

“Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 1,500 beg bersaiz jumbo berisi sisa e-waste, aluminium, logam dan plastik.

“Pasukan serbuan turut menjumpai beberapa peralatan dan jentera yang dipercayai digunakan untuk memproses sisa e-waste,” katanya dalam sidang akhbar, semalam.

Tambah Shahrum, pekerja asing berusia antara 25 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita didapati tidak memiliki sebarang dokumen yang sah.

Katanya, kesemua mereka diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh untuk siasatan lanjut di bawah Sek­syen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959.

“Kita masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti jumlah sebenar e-waste terdapat dalam beg jumbo yang belum diproses.

“Bagi kesalahan e-waste, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 34A dan Seksyen 34B Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Sisa e-waste, peralatan dan jentera akan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk siasatan lanjut,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN