Kes tembak di Brickfields, Cheras tiada kaitan

Kes tembak di Brickfields, Cheras tiada kaitan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua kes tembakan di Brickfields dan Cheras baru-baru ini adalah kes berasingan dan tiada kaitan. 

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan berkata, setakat ini tiada tangkapan dilakukan berhubung kejadian kes tembak di Cheras, di sini.  

“Setakat ini, kes tembakan di Cheras tiada kaitan dengan Brickfields. Bagaimanapun, suspek kes tembakan Cheras masih belum dapat dikenal pasti,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam media melaporkan, polis masih memburu kumpulan suspek bertopeng disyaki terbabit dalam pembunuhan dua individu di hadapan sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini, pada minggu lalu.

Seramai 19 individu telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. 

Dilaporkan, siasatan awal polis mendapati kejadian dua kes tembakan dalam tempoh empat hari di Brickfields dan Cheras baru-baru ini menunjukkan kedua-duanya membabitkan elemen kongsi gelap dan dipercayai akibat perseteruan antara suspek dan mangsa.

Kedua0dua kes tembak yang berlaku itu adalah akibat masalah yang berlaku di luar kontinjen Kuala Lumpur dan dibawa ke sini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN