BANGI: Sekurang-kurangnya satu atau dua individu bakal dituduh di mahkamah dalam masa terdekat berhubung dakwaan rasuah berkaitan isu pelesenan lombong mineral di Sabah. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, ada kemungkinan individu tersebut akan dituduh terlebih dahulu sebelum perkara itu diumumkan. “Dalam masa terdekat ini, mungkin seorang atau dua akan dituduh di mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah…