BUTTERWORTH: Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen operasi pengendali bot pelancong yang didapati gagal mematuhi peraturan keselamatan. Gesaan itu dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perai, Datuk Seri S. Sundarajoo ekoran tragedi tiga individu termasuk dua kanak-kanak yang maut dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian, Terengganu kelmarin. Sundarajoo yang juga Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang berkata, penguatkuasaan seharusnya diperkasakan supaya tragedi seumpama itu tidak…










