IPOH: Kerajaan Perak menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada setiap waris mangsa kemalangan bas dinaiki pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Jeli-Gerik hari ini. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, sumbangan tersebut merupakan bantuan segera untuk membantu urusan awal termasuk penginapan dan perbelanjaan lain waris mangsa. “Kita tahu bukan semua keluarga berada dalam keadaan senang. Bantuan ini diharap sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka,” katanya dalam sidang akhbar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini. Dalam pada itu, Saarani tidak dapat menahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya