Kementeri Ekonomi tidak akan dibubarkan - Anwar

Kementeri Ekonomi tidak akan dibubarkan – Anwar

ANWAR Ibrahim (tengah) ketika melawat reruai pameran selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Energy Asia di Pusat Konvesyen Kuala Lumpur (KLCC).-UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi tidak akan dibubarkan dan akan terus menjalankan fungsinya walaupun Datuk Seri Mohd. Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,  kementerian tersebut  juga akan diterajui  menteri lain yang akan diputuskan kemudian.

“Saya fikir tidak ada keperluan untuk dirombak apa-apa setakat ini dan saya ucap selamat berjaya kepada saudara Rafizi yang telah berkhidmat dengan begitu baik sebagai Menteri Ekonomi.

“Saya juga akan putuskan pada waktunya mana-mana menteri atau kementerian untuk menjalankan tugas (di Kementerian Ekonomi),”katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Energy Asia 2025  di sini hari ini.

Mohd. Rafizi sebelum ini membuat keputusan meninggalkan Kabinet berkuatkuasa 17 Jun ini selepas  dia gagal mempertahankan jawatannya sebagai timbalan presiden dalam Pemilihan PKR 2025 yang lalu.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada Kementerian Ekonomi akan diletakkan kembali di bawah Unit Perancang Ekonomi (EPU), Anwar berkata, tiada keperluan untuk mengembalikan perkara itu.

“Kita teruskan untuk sekarang (Kementerian Ekonomi) kerana tidak ada isu tidak ada masalah teruskan,” katanya- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN