HULU TERENGGANU: Kesusahan hidup lapan sekeluarga yang terpaksa tinggal di pondok usang dan minum air paya di Kampung Paya Besar, di sini, bakal berakhir apabila kesengsaraan mereka mendapat perhatian Pejabat Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Terengganu. Pengarahnya, Md. Razi Md. Lazim berkata, pihaknya akan berusaha membantu keluarga Mat Nasir Ismail, 48, menyelesaikan masalah kediaman yang dihadapi termasuk kemudahan bekalan asas elektrik dan air. “Beberapa perkara sedang diteliti, melihat keperluan mereka dan kita sedang berusaha selesaikan masalah itu secepat mungkin. “Buat sementara waktu, sebagai langkah segera kita tambah baik pondok…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya