KDEB Waste Management, Cepat Ekspres catat saman tertinggi

KDEB Waste Management, Cepat Ekspres catat saman tertinggi

ANTHONY Loke Siew Fook ketika sidang akhbar pengumuman senarai syarikat yang mencatatkan jumlah saman tertinggi di Kementerian Pengangkutan, Putrajaya hari ini. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia hari ini mengumumkan senarai 28 syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang mencatatkan jumlah saman tertinggi atas pelbagai kesalahan di bawah Akta 333, Akta 334 dan Akta 715.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MOT dengan JPJ telah mengenal pasti sebanyak 11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak dan 17 syarikat pengendali bas ekspres yang mempunyai lebih 200 saman.

“Pengumuman ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MOT dan JPJ bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya serta langkah untuk menjamin keselamatan pengguna jalan raya,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Berdasarkan statistik dikeluarkan oleh MOT, syarikat pengendali kenderaan barangan, KDEB Waste Management Sdn. Bhd. mencatatkan saman aktif tertinggi berjumlah 22,017 diikuti Mainiza Mantap Sdn. Bhd .(5,108); Advancecon Machinery Sdn. Bhd. (3,620); VK Transport Sdn. Bhd. (3,016) dan Ng Swee Aik Trading Sdn. Bhd (2,352).

Manakala, bagi syarikat pengendali bas ekspres, Cepat Ekspres Sdn. Bhd. merupakan syarikat yang merekodkan saman aktif tertinggi berjumlah 540 saman.

Antara syarikat bas ekpres lain termasuk New Hoover Express & Travel Sdn. Bhd. (512); Kuala Lumpur-Alor Star Express Sdn. Bhd. (477); Express Senibudaya (M) Sdn. Bhd. (390); Suasana Edaran Sdn. Bhd. (370); Kurnia Bistari Sdn. Bhd. (351) dan Bandar Express Services Sdn. Bhd. (300).

Berita lanjut menyusul.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN