PADANG BESAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri merampas 40 bungkusan plastik lutsinar kedap udara dipercayai mengandungi bunga ganja bernilai kira-kira RM2.285 juta di berhampiran pintu sempadan Malaysia-Thailand, Jalan Sadao, Khamis lalu. Dalam operasi itu, sepasukan anggota kastam cawangan penguatkuasaan Padang Besar telah melakukan serbuan ke atas sebuah kenderaan yang diletakkan tanpa pemandu di kawasan berkenaan kira-kira pukul 11.30 tengah hari. Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, hasil pemeriksaan menemukan…