Kami hanya tunggu dan lihat - Hartal Doktor

Kami hanya tunggu dan lihat – Hartal Doktor

KERATAN akhbar Utusan Malaysia semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kita tunggu dan lihat sahaja buat masa sekarang.”

Itu reaksi jurucakap Gerakan Hartal Doktor Kontrak berhubung kelewatan pelaksanaan sistem e penempatan yang masih belum dibuka, meskipun sudah empat kali tertangguh sejak Februari lalu.

Menurut jurucakap itu, penangguhan berterusan sistem berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan 2,245 pegawai perubatan kontrak yang masih terta nya-tanya dan tidak mengetahui lokasi penempatan baharu mereka.

“Sistem ini sudah beberapakali ‘dijanjikan’ akan dibuka, tetapi tiada tindakan sehingga hari ini. Kami kini hanya mampu menunggu dan melihat sama ada ia benar-benar akan dilaksana kan,” katanya ketika dihu bu ngi Utusan Malaysia.

Semalam, akhbar ini me-laporkan, nasib 2,245 pegawai perubatan kontrak seluruh negara masih samar apabila sistem e-penempatan yang dijadualkan dibuka akhir bulan lalu ditangguhkan lagi selepas beberapa kali tertangguh sejak Februa­ri 2025.

Pembentangan cadangan akhir pelaksanaan sistem itu akan dilakukan hari ini (3 Jun) oleh tiga bahagian utama Kementerian Kesihatan (KKM) iaitu Bahagian Kesihatan Digital, Bahagian Pengurusan Maklumat dan Setiausaha Bahagian Sumber Manusia.

Sistem ini bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan pegawai perubatan (MO) sebelum diperluas kepada pegawai perubatan siswazah (HO).

Bagaimanapun, tarikh rasmi pelancaran masih belum ditetapkan kerana kementerian mahu memastikan tiada lagi kelemahan teknikal seperti yang berlaku sebelum ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau sendiri akan meneliti pembentangan itu bagi memastikan pelaksanaan berjalan lancar dan tidak mengulangi kesilapan lalu.

Pelaksanaan sistem tersebut dijadualkan dibuka semula selewat-lewatnya akhir Mei, namun ditangguhkan sekali lagi ekoran beberapa gangguan teknikal.

Antara insiden terdahulu yang menjejaskan proses ini ialah gangguan pada 27 Februari lalu yang menyebabkan sistem gagal memproses pemilihan penempatan bagi 2,245 pegawai perubatan Gred UD10.

Lebih mengecewakan, pada 16 Mac, pelaksanaan e-penempatan dibatalkan pada saat akhir, hanya sehari sebelum pembukaan semula dijadualkan.

Pembatalan itu disampaikan secara mengejut melalui e-mel, dan sistem kekal tidak dapat diakses pada 17 Mac seperti yang dirancang.

Masalah teknikal yang berulang ini bukan sahaja memberi tekanan kepada doktor kontrak, malah turut menjejaskan operasi fasiliti kesihatan awam, khususnya di kawasan luar bandar yang sedang berdepan kekurangan tenaga kerja.

Bagi doktor kontrak yang sepatutnya dilantik secara tetap pada 25 Mac, penangguhan ini bukan sekadar kelewatan birokrasi, tetapi juga ketidakadilan terhadap kerjaya dan kebajikan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN