Kabel rosak punca budak kena renjatan elektrik 

Kabel rosak punca budak kena renjatan elektrik 

KEADAAN tiang lampu di Dataran Drawbridge di Kuala Terengganu yang menyebabkan seorang kanak-kanak terkena renjatan elektrik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Kabel rosak menjadi punca kejadian seorang kanak-kanak lelaki melecur akibat terkena renjatan elektrik selepas menyentuh tiang lampu berhampiran dataran Drawbridge, di sini, Rabu lalu.

 Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Jusman Ibrahim berkata, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT)menerima aduan berhubung insiden itu melalui sistem e-aduan MBKT kira-kira pukul 11.18 malam, pada hari kejadian. 

“Bahagian Elektrikal MBKT ke lokasi kejadian pagi semalam dan hasil pemeriksaan mendapati kabel yang mengalami kerosakan (luka) telah menyentuh tiang lampu bernombor FP2 B1-21 yang menyebabkan berlaku renjatan. 

“Kerja pembaikan segera termasuk penebatan semula kabel menggunakan kaedah heat shrink insulation bagi mengelakkan kejadian sama berulang dan pemeriksaan di kawasan sekitar juga dilakukan bagi mengenal pasti kerosakan lain,” katanya. 

Jusman berkata, pihaknya memandang serius insiden itu  dan menegaskan perbuatan vandalisme terhadap kemudahan awam adalah jenayah yang boleh membahayakan nyawa.

“Kami amat bersimpati dengan mangsa dan mendoakan agar kanak-kanak terbabit segera pulih,” katanya.

Semalam, tular dalam media sosial mengenai satu hantaran yang dimuat naik seorang individu menceritakan keadaan anak saudaranya yang melecur di bahagian lengan, dipercayai terkena renjatan elektrik selepas tersebut tiang lampu tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN