KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima sebanyak 42 aduan berkaitan integriti membabitkan pegawai dan anggota pasukan itu bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu sebanyak 22 kes melibatkan salah laku, salah guna kuasa (8) penguatkuasaan (4), skandal dan gangguan seksual (4), rasuah (3) serta penyelewengan (1).
“Salah laku membabitkan masalah pinjaman, disiplin, gangguan rumah tangga, hidup mewah, penipuan, vandalisme, media sosial, cuai ketika menjalankan tugas dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas Program Bicara Governas, Integriti dan Anti Rasuah (BiGIAR) di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tanjung Chat, di sini hari ini.
Nor Hisham memberitahu, selain itu sepanjang tahun lalu sebanyak 33 kes melibatkan tata tertib telah direkodkan tahun lalu.
“Untuk tempoh lima bulan pertama tahun ini hanya 12 kes berkaitan tatatertib telah direkodkan.
“Ia melibatkan penyalahgunaan dadah, rasuah, tidak hadir bertugas dan lain-lain,” ujarnya.-UTUSAN