Jangan mudah terpedaya pakej umrah, haji tidak masuk akal

Jangan mudah terpedaya pakej umrah, haji tidak masuk akal

MOHAMAD Taha Hassan (kanan) menyantuni para jemaah umrah Andalusia bagi musim 1447H Hijrah ke Tanah Suci di KLIA. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Syarikat pengendali pakej haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan tawaran tajaan umrah dan haji yang terlalu murah dan tidak masuk akal.

Pengurus Kanan (Agama dan Bimbingan) Andalusia, Ustaz Mohamad Taha Hassan berkata, bakal jemaah juga disaran berurusan dengan syarikat pelancongan berlesen di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bagi memastikan status syarikat tersebut adalah aktif.

Beliau berkata, pihaknya akui ada banyak kes penipuan umrah dan haji, malah ada juga yang mengumpan mangsa kononnya pakej ditawarkan dikendalikan syarikat pengendali umrah dan haji berdaftar.

“Kredibiliti sesebuah syarikat pelancongan dapat dilihat menerusi keyakinan pelanggan terhadap syarikat tersebut apabila mereka kembali semula berurusan dengan syarikat pelancongan tersebut.

“Kami juga ingin menasihati orang ramai untuk tidak membuat sebarang bayaran kepada akaun individu sebaliknya semua bayaran hendaklah dibuat terus kepada akaun syarikat bagi mengelak ditipu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelepasan kumpulan pertama jemaah umrah 1447H Andalusia ke Tanah Suci malam tadi.

Mengulas lanjut, katanya, pihaknya akui pernah didekati individu kononnya mahu berperanan sebagai ejen dan orang tengah bagi urusan umrah dan haji.

Katanya, pihaknya sentiasa berwaspada dengan perkara itu dan bersedia menyiasat lanjut jika ia dilihat boleh menjejaskan imej syarikat.

Sebelum ini, seramai 64 individu berputih mata apabila kerugian keseluruhan lebih RM2 juta selepas mendakwa ditipu tawaran sindiket haji infak yang berpangkalan di Sarawak.

Lebih memeranjatkan, mangsa diperdaya dengan tawaran haji mujamalah serta tawaran pakej haji mewah bernilai RM120,000 setiap seorang di bawah sebuah syarikat pengelola jemaah haji (PJH) tempatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN