Ira Kazar sudah ada kekasih baharu? - Utusan Malaysia

Ira Kazar sudah ada kekasih baharu?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAMPAI juga ke telinga Cik Bunga mengenai penyanyi yang juga bekas isteri pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, iaitu Ira Kazar, yang dikatakan sudah mempunyai kekasih pada waktu ini. 

Cik Bunga dengar cerita, kekasih baharunya itu bukan main tampan orangnya. Maklumlah, jejaka berbangsa Turki. Kalau ikutkan, Cik Bunga sebenarnya sudah dapat agak Ira sedang berbahagia kini. 

Satu daripada faktor ketara adalah perubahan dirinya yang agak berisi kini. Orang kata kalau seorang wanita itu tampak berisi, itu tandanya dia sedang berbahagia. Kiranya, betul lah Ira kini sedang berbahagia bukan? 

Cik Bunga tak tahu pula sejak bila dia menjalin hubungan cinta dengan jejaka Turki itu, tetapi apa yang pasti, setelah berpisah dengan bekas suami dengar cerita ‘market’ Ira pun kembali mencanak naik. 

Hangat di pasaran gitu! Tapi Cik Bunga tumpang bahagia juga dengan Ira. Biarlah dia menikmati momen dan fasa baharunya ini apa lagi setelah melalui badai kontroversi yang kita sendiri pun belum tentu mampu hadapi atau tidak. Kalau kini baru Ira hendak merasa fasa bahagia, maka biarkanlah dia. 

Ira pun berhak untuk meraih bahagianya sendiri, betul tak? baharunya ini apa lagi setelah melalui badai kontroversi yang kita sendiri pun belum tentu mampu hadapi atau tidak. 

Kalau kini baru Ira hendak merasa fasa bahagia, maka biarkanlah dia. Ira pun berhak untuk meraih bahagianya sendiri, betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN