TEMERLOH: Tuah menyebelahi seorang anak muda dari Taman Saga, Mentakab, dekat sini apabila ‘mendaratkan’ seekor ikan tongsan sisik kasar seberat 9.26 kilogram, sekali gus dinobatkan sebagai juara kategori ikan terberat dalam Pesta Menjala dan Menangkap Ikan Estet Ikan Paya Chempaka di Lanchang, semalam. Muhd. Adam Ahmad Sufian, 26, berkata, dia memulakan aktiviti menjala seawal pukul 8 pagi dan menaikkan ikan tersebut sekitar pukul 9.30 pagi. “Sebelum ini saya pernah sertai pesta menangkap ikan tetapi tidak pernah mendapat rezeki ikan sebesar ini. Alhamdulillah, kali ini rezeki berpihak kepada saya. “Sebagai juara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya