Ibu durjana biar teman lelaki rogol anak

Ibu durjana biar teman lelaki rogol anak

SITI KAMSIAH HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang ibu tergamak membiarkan teman lelakinya mencabul dan merogol anak perempuannya berusia 14 tahun, dalam kejadian di kediaman mereka di Kuala Lumpur dekat sini, tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 4 petang, pertengahan tahun lalu semasa mangsa sedang tidur di bilik tidur ibunya berusia 36 tahun.

Menurutnya, mangsa terjaga apabila berasa ada orang menyentuhnya.

“Apabila membuka mata melihat ibunya dan teman lelaki wanita itu berada di sebelah. Suspek lelaki berusia 61 tahun kemudian bertindak merogol mangsa disaksikan ibunya,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurutnya, pada 25 Jun lalu, mangsa terlihat mesej antara ibu dan teman lelakinya yang merancang untuk melakukan hubungan seks.

Malah, katanya, suspek lelaki berhasrat untuk melakukan hubungan seks dengan mangsa di sebuah hotel.

“Mangsa yang ketakutan melarikan diri ke rumah rakannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.

“Susulan itu, polis menahan ibu mangsa yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dan kekasihnya yang bekerja sendiri, kelmarin,” katanya.

Tambahnya, kedua-dua suspek direman seminggu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN