Hospital Pasir Gudang mula operasi 1 Ogos

Hospital Pasir Gudang mula operasi 1 Ogos

DR. DZULKEFLY Ahmad (tengah) pada Majlis Penyerahan Hospital Pasir Gudang di Bandar Seri Alam, Masai, Johor Bahru, Johor hari ini.- UTUSAN//RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Hospital Pasir Gudang (HPG) di sini bakal memulakan operasinya pertamanya pada 1 Ogos ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, operasi tersebut hanya melibatkan kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan operasi hospital berkenaan.

Katanya, pengoperasiannya akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga ia beroperasi secara sepenuhnya pada Julai 2026.

“Apabila beroperasi kelak ia dijangka mengurangkan sehingga 10 peratus kepenggunaan katil pesakit di Hospital Sultanah Aminah (HSA), selain 30 peratus waktu menunggu bagi pesakit menjalani pembedahan elektif di hospital berkenaan.

“Hospital major kelapan di Johor ini turut dilengkapi 304 katil dan bakal menempatkan seramai 1,845 penjawatan, ketika ini sebanyak 274 penjawatan telah diisi,” katanya pada akhbar selepas Majlis Penyerahan Projek HPG, Bandar Seri Alam, di sini hari ini.

Tambah Dr. Dzulkefly, hospital yang dibangunkan dengan kos keseluruhan RM500 juta itu bakal menjadi hospital pertama di Malaysia yang menyediakan bilik ‘on call suite’ untuk doktor terlibat.

“Ini istimewanya, tidak pernah ada dalam sejarah sektor kesihatan awam negara hospital menyediakan 20 unit ‘on call suite’ bagi tujuan menjaga kebajikan dan moral semangat doktor terlibat.

“Dengan dilengkapi peralatan terkini, serta kuarters dan asrama jururawat, hospital ini akan menjadi penanda aras kepada sektor perkhidmatan awam negara ini,” jelasnya.

Sementara itu, mengulas tentang isu kekurangan jururawat, Dr. Dzulkefly memaklumkan pihaknya sedang mengambil langkah sewajarnya bagi menangani isu global berkenan.

“Untuk makluman, negara Filipina yang selama ini merupakan negara pengeluar tenaga kerja jururawat juga sedang berdepan isu kekurangan jururawat dalam negara mereka.

“Bagaimanapun itu bukan alasan sebaliknya adalah realiti yang perlu kita tangani. Pelbagai usaha telah diambil termasuklah meningkatkan jumlah pelatih kepada 1,000 orang namun ia masih belum dicapai sepenuhnya,” jelasnya – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN