JERANTUT: Seorang tukang rumah berjaya menghasilkan dua gasing gergasi menggunakan batang pokok meranti dan durian yang tumbang serta terbiar di Kampung Kedondong, Pulau Tawar di sini. Rozi Yaakob, 59, berkata, dia memotong sendiri kayu terbiar itu menggunakan gergaji rantai dan penghasilannya bertujuan memeriahkan program seni dan budaya di kampung tersebut. “Pada awalnya saya membentuk tekstur gasing ini menggunakan gergaji rantai untuk membuang kulit kerana kayu (batang) durian sangat keras berbanding kayu meranti. “Setelah terbentuk rupa gasing, barulah saya menggunakan parang tajam dan pahat untuk menampakkan (rupa) gasing pangkah yang lebih…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya