PASIR MAS: Hasil padi di negeri ini bertambah baik apabila ada sesetengah kawasan mula mencapai lapan tan meterik untuk satu hektar pada musim 2/2024.
Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Khalid Abdul Samad berkata, ia dipacu kerja keras agensi berkenaan dan komitmen tinggi petani dalam meningkatkan pengeluaran.
“Secara purata hasil tuaian padi di negeri ini masih berada pada tahap 4.5 tan metrik satu hektar. Bagaimanapun, kawasan yang bermasalah kita hanya mencapai hasil 3.5 tan metrik untuk satu hektar.
“Kita (KADA) akan mengkaji dan mencari punca masalah yang membawa kepada pengeluaran hasil padi rendah,” katanya selepas Majlis Korban di pekarangan Pejabat KADA Pasir Mas di Tendong, di sini hari ini. – UTUSAN