SEREMBAN: Seorang guru diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak murid perempuannya berusia 13 tahun di surau sekolah, tiga tahun lalu. Hakim Datin Surita Budin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh Farid Azhar Nawi, 47. Surita memaklumkan keputusan itu dibuat setelah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan ekshibit serta membaca hujahan bertulis daripada…










