IPOH: Bunyi letupan dan gegaran yang dirasai di beberapa kawasan di sekitar daerah ini hari ini bukan berpunca daripada latihan letupan oleh pasukan keselamatan mahupun aktiviti kuari. Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, pihaknya menggerakkan anggota ke lokasi yang dikenal pasti sebaik sahaja menerima laporan pada pukul 10.30 pagi. Katanya, hasil semakan awal bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara mendapati tiada sebarang latihan melibatkan letupan dijalankan hari ini. “Semakan juga dijalankan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan dimaklumkan tiada sebarang aktiviti letupan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya