GUA MUSANG: Lebih 400 penduduk di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1 di sini, digemparkan dengan kehadiran seekor gajah yang menceroboh kawasan kampung itu, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang, gajah berkenaan merosakkan tanaman seperti pokok kelapa dan kelapa sawit yang diusahakan penduduk berhampiran rumah mereka. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Mukim Relai Utara, Mohd. Sopian Che Seman berkata, ia dikesan memasuki kawasan kampung sejak…