Gagal seludup 19,000 kilogram beras Siam - Utusan Malaysia

Gagal seludup 19,000 kilogram beras Siam

SEBAHAGIAN beras siam yang dirampas dalam satu serbuan di Jalan Kampung Air Gatal, Tanah Merah,Kelantan. -IHSAN PGA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) mematahkan cubaan menyeludup 19,000 kilogram beras putih dari Thailand dalam satu serbuan di Jalan Kampung Air Gatal, di sini, semalam.

Serbuan dijalankan kira-kira pukul 4 pagi ketika anggota PGA melakukan rondaan Op Taring Wawasan Kelantan di kampung tersebut.

Komander Bridged Tenggara,  Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya terserempak dengan sekumpulan lelaki yang sedang memunggah guni-guni beras ke dalam sebuah treler di lokasi berkenaan.

Menurutnya, bagaimanapun, semua suspek sempat melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebaik sahaja menyedari kehadiran pihak berkuasa.

“Pemeriksaan lanjut ke atas treler terbabit menemukan sebanyak 19,000 kilogram beras putih dipercayai dibawa masuk dari Thailand untuk pasaran tempatan.

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk treler dianggarkan berjumlah RM426,000,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN