Fattah anggap setiap orang ada tempoh berbeza untuk ‘move on’ - Utusan Malaysia

Fattah anggap setiap orang ada tempoh berbeza untuk ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Fattah Amin, 35, berpendapat setiap orang mempunyai tempoh masa berbeza untuk ‘pulih’ daripada perpisahan dalam hidup.

Menurut Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, dia enggan larut dalam kesedihan sebaliknya menganggap perceraian yang terjadi sebagai takdir ditetapkan Allah.

“Semua yang terjadi ada hikmah dan jodoh saya pun dah ditetapkan.

“Apa yang saya lalui ini adalah takdir dan jalan yang Allah tetapkan.

“Jadi  saya ‘move on’ atau saya dapat jodoh cepat atau lambat, saya serah pada Allah. Itu saja,” katanya.

Fattah berkata demikian bagi menjawab dakwaan mengatakan dia cepat ‘move on’ selepas bercerai dengan Nur Fazura tahun lalu.

Sementara itu, Fattah enggan memberi kenyataan ‘sapu rata’ seolah-olah lelaki lebih cepat melupakan masa lalu berbanding perempuan.

“Kena tanya balik mereka ‘move on’ dari segi apa? Kalau hal perceraian itu bagi saya bergantung kepada individu.

“Kita tak boleh menyamakan cara setiap orang ‘move on’ itu sama, sebab setiap orang melalui fasa kehidupan berlainan.

“Mungkin ada sebab mereka cepat melupakan, kena tanya dia balik. Ada pula yang lambat, bagi saya cepat atau lambat terpulang pada  individu.

“Sama juga seperti jodoh, ada yang datang cepat dan ada jodoh yang lambat,” katanya.

Fattah ditemui semasa pelantikkannya sebagai duta produk minuman tenaga Orang Kampung (OK) di sini, pada Selasa.

Dalam perkembangan lain, Fattah tidak menyangka dilamar menjadi duta produk minuman kesayangan ibu dan bapanya sejak dulu.

“Produk Orang Kampung bukan baru di pasaran. Sejak kecil saya sudah nampak ibu bapa saya merupakan pengguna tegar. Saya tak pernah terbayang satu hari nanti saya dapat bersama dengan jenama ini.

“Malah, produk ini juga sesuai dengan gaya hidup saya sebagai pelakon yang menjalani penggambaran dalam tempoh yang panjang.

“Produk ini juga menggunakan bahan semula jadi. Jadi saya sendiri berani nak mencuba,” ceritanya.

Terdahulu, Fattah dan Nur Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan mereka kemudiannya sah bercerai pada 7 Oktober lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN