Faktor tidak cukup tinggi buat Khenobu putus asa? - Utusan Malaysia

Faktor tidak cukup tinggi buat Khenobu putus asa?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMASA Cik Bunga menonton filem Kahar terbitan Astro Shaw dan Pasal Productions tahun lepas, ada satu watak ini yang mendapat perhatian Cik Bunga. Watak itu ialah Jojo yang dilakonkan oleh Khenobu, pelakon kelahiran Sabah. 

Secara peribadi, Cik Bunga merasakan pelakon ini boleh jadi pelapis pelakon aksi tanah air berdasarkan ‘persembahannya’ dalam filem tersebut. Tetapi Cik Bunga juga percaya, pelakon itu tidak terhad hanya kepada filem aksi semata. 

Dia boleh terokai lagi cabang watak lain yang mungkin boleh menaikkan lagi namanya dalam industri seni. 

Bagaimanapun, Cik Bunga ada juga dengar dari orang belakang tabir yang Khenobu ini sebenarnya cukup merendah diri dan selalu menganggap dirinya tidak mampu jadi hero. 

Katanya, faktor utama adalah ukuran ketinggiannya yang tidak cukup layak diangkat sebagai seorang hero filem atau drama. 

Ketinggian 168 cm untuk seorang lelaki masih dikira pendek oleh orang industri dan itu menyebabkan Khenobu rasa dirinya tidak mahu sasar angan terlalu tinggi dalam aspek peluang lakonan. 

Cik Bunga tidak nafikan mungkin ada benarnya pandangan Khenobu itu. Cuma, dari satu sisi, Cik Bunga rasa tidak semestinya hero itu harus tinggi atau sekadar jual muka tampan sahaja. 

Mungkin ada naskhah filem atau drama yang boleh Khenobu lakonkan yang bersesuaian dengan jalan cerita sekali gus melihatkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon pelapis. 

Ya, mungkin benar masih jauh perjalanan Khenobu untuk berada di kedudukan pelakon papan atas. 

Cuma nasihat Cik Bunga, jangan lekas putus asa. Cik Bunga lihat Khenobu berbakat besar dan usah sia-siakan bakat yang ada itu. Kita tidak tahu nasib dan tuah di masa depan bagaimana. Betul tak?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN