TUMPAT: Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggalakan cubaan menyeludup enam tan kelapa tua ke Thailand selepas menahan sebuah lori di pangkalan haram Mek di sini semalam.
Dalam serbuan pukul 4.30 petang itu, PGA turut menahan seorang pemandu bagi membantu siasatan berhubung rampasan kelapa tersebut.
Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, semasa melakukan rondaan rutin di kawasan sempadan menerusi Op Taring Wawasan Kelantan anggota bertugas ternampak sebuah lori dalam keadaan mencurigakan.
“Hasil pemeriksaan ke atas lori itu telah menjumpai enam tan kelapa tua. Pemeriksaan lanjut, pemandu lori itu gagal menunjukkan dokumen yang sah berkaitan bahan mentah tersebut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(a) Akta Lembaga Pemasaran pertanian persekutuan 1965 (FAMA),” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.
Nik Ros Azhan memberitahu, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori berjumlah RM210,000.
Katanya, suspek dan barang rampasan telah diserahkan kepada FAMA Kelantan untuk tindakan lanjut.-UTUSAN