Empat suspek pukul pemandu lori direman tiga hari

Empat suspek pukul pemandu lori direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes seorang pemandu lori yang dipukul beberapa individu di pos pengawal keselamatan sebuah syarikat swasta di daerah ini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, keempat-empat lelaki yang berusia 29 tahun hingga 37 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

“Keempat-empat suspek ditahan susulan pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa yang tampil membuat laporan polis. Semua suspek ditahan reman sehingga 3 Jun ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan,” katanya.

Mohd. Razi berkata, mangsa yang berusia 29 tahun  menerima rawatan di Hospital Kemaman sebagai pesakit luar.

“Laporan perubatan mengesahkan mangsa mengalami soft injury di bahagian muka, belakang kepala, belakang badan dan perut. Saksi kejadian diminta tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat SJN Abdul Rahman Shamsuddin di talian 011-25081681,” katanya.

Terdahulu, tular dalam laman sosial video berdurasi 0.32 saat memaparkan seorang pemandu lori dipukul beberapa individu termasuk polis bantuan. Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa enggan memberikan kerjasama ketika dilarang polis bantian yang bertugas untuk tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu dan turut mengeluarkan kata-kata kesat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN