Dua tekong darat bawa 35 PATI dihadap ke muka pengadilan

Dua tekong darat bawa 35 PATI dihadap ke muka pengadilan

ANGGOTA polis membawa Mohamad Ismail Mohammad Piah (kiri) dan Mohammad Hassan Derman di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Dua tekong darat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menyeludup seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Bangladesh dan Myanmar di sebuah rumah di Ketereh, dekat sini, bulan lalu.

Tertuduh, Mohammad Hassan Derman, 56, dan Mohamad Ismail Mohammad Piah, 31, masing-masing hanya mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah, namun tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua lelaki itu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menyeludup 11  migran warga Bangladesh dan 24 migran warga Myanmar di sebuah rumah di Jalan Syed Kuning, Kadok di Ketereh, kira-kira pukul 11.30 pagi pada 19 Mei lalu.

Kedua-dua lelaki itu dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Mahkamah menetapkan 17 Julai ini untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan rakaman deposisi migran yang diseludup dan penyerahan dokumen. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×