Dua pelajar UPSI stabil, ditempatkan di wad biasa

Dua pelajar UPSI stabil, ditempatkan di wad biasa

SAIFUL Azlan Sharif ditemui di HRPB, Ipoh, Perak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Dua pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, kini berada dalam keadaan stabil.

Pengarah HRPB, Dr. Saiful Azlan Sharif berkata, kedua-dua mangsa yang tidak mengalami kecederaan serius ditempatkan di wad biasa.

Katanya, Lili Suzana Mat Ya’acob, 23, cedera di kepala manakala Nor Erika Elysha Mohd. Zaidi, 21, patah tulang tangan.

“Pada mulanya kita lihat kecederaan yang dialami mereka lebih di bahagian kepala namun selepas penilaian dibuat, alhamdulillah kecederaan di kepala tidak serius seperti yang disangka,” katanya ketika ditemui di HRPB, hari ini.

Saiful Azlan mengiringi Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad melawat dua pelajar terlibat.

Semalam, perjalanan kembali ke kam­pus 15 pelajar UPSI berakhir tragedi apabila mereka maut selepas bas dinaiki terbabas dan terbalik merempuh penghadang jalan di kawasan selekoh di Ki­lometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JR­TB), Jeli-Gerik.

Dalam kejadian kira-kira pu­kul 1 pagi itu, 13 pelajar UPSI berusia antara 21 hingga 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi meninggal dunia di Hospital Gerik, sementara 27 lagi ce­dera.

Dua mangsa yang cedera pa­rah dirawat di HRPB, empat di Hospital Baling, Kedah manakala mangsa lain di Hospital Gerik.

Tambah Saiful Azlan, meskipun kedua-dua pelajar itu dalam keadaan stabil, pemantauan masih diteruskan dan proses rawatan susulan secara berperingkat akan dijalankan.

“Kita dahulukan kepada mana (tindakan rawatan) yang perlu diutamakan. Ini kerana berdasarkan penilaian kesihatan, ia menjurus kepada jangkitan kuman,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN