Seorang maut, 13 cedera kemalangan di Machang

Seorang maut, 13 cedera kemalangan di Machang

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah, Machang, Kelantan malam tadi. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG: Hasrat sebuah keluarga untuk pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha tidak kesampaian apabila salah seorang daripada mereka maut dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Jalan Machang-Pasir Puteh dekat Kampung Banggol Judah di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira 11.50 malam itu, Zulkifli Salleh, 54, yang memandu kereta jenis Proton Waja maut di lokasi akibat tersepit di dalam kereta tersebut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Machang, Mohd. Suhaimi Razali berkata, pemandu kereta Proton Waja yang tersepit dikeluarkan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang tiba di lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.55 malam.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, seramai enam orang termasuk seorang mangsa menaiki kereta tersebut dan mereka sedang dalam perjalanan dari Terengganu untuk pulang bagi menyambut Hari Raya Aidiladha di Tanah Merah dekat sini.

“Kemalangan itu juga melibatkan sebuah trak pikap jenis Chevrolet Colorado yang dinaiki lima individu dan sebuah kereta jenis Perodua Kancil dinaiki tiga beranak termasuk dua kanak-kanak yang berusia empat dan tujuh tahun.

“Lima penumpang kereta jenis Proton Waja yang cedera dan tiga beranak yang menaiki kereta Perodua Kancil di hantar ke Hospital Machang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita disini hari ini.

Mohd. Suhaimi memberitahu, lima mangsa di dalam trak pikap Chevrolet Colorado yang turut cedera dihantar ke Hospital Tanah Merah- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN