KUALA LUMPUR: Hari Kebangsaan 2025 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Dataran Putrajaya dengan tema ‘Malaysia Madani, Rakyat Disantuni’.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Hari Malaysia 2025 pula akan diadakan di Pulau Pinang.
“Cerminan visi kerajaan untuk memperkukuh pembangunan negara dengan pendekatan berteraskan nilai kemanussan, kesejahteraan sosial, dan keadilan.
“Konsep Malaysia Madani melibatkan prinsip yang seimbang antara pembangunan material dan rohani, merangkumi aspek kemajuan ekonomi, integriti pentadbiran, dan perpaduan masyarakat.
“Penekanan pada tema ‘Rakyat Disantuni’ pula menggambarkan keutamaan kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat diberikan perhatian utama,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Mingguan Kementerian Komunikasi di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL