Dasar Pandang Ke Timur tangani tarif AS

Dasar Pandang Ke Timur tangani tarif AS

Tun Dr, Mahathor Mohamad ketika mengambil bahagian dalam Forum Nikkei diTokyo, Jepun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkannya pada 1982 masih relevan dan wajar diteruskan khususnya bagi mendepani isu tarif Amerika Syarikat (AS).

Menurut bekas Perdana Menteri itu, industri di Jepun sentiasa giat menjalankan penyelidikan produk termasuk dalam rawatan penyakit dan sedang mencipta penemuan-penemuan baharu.

Katanya, ASEAN perlu berusaha meningkatkan perdagangan dengan negara-negara lain sebagai langkah mengurangkan kesan terhadap tarif yang dikenakan AS.

“Kemerosotan ekonomi tidak dapat dielakkan kerana perdagangan ASEAN dengan AS adalah signifikan,” katanya pada Forum Nikkei di Tokyo, semalam.

Sehubungan itu katanya, beliau berpendapat Malaysia masih wajar meneruskan pendekatan untuk melihat ke arah Jepun.

“Saya telah memberi masa selama tiga bulan kepada Donald Trump untuk menarik balik tarif tersebut kerana rakyat AS sendiri menyedari kesan tarif itu sebenarnya menjejaskan pasaran domestik mereka, apabila harga barangan import akan menjadi mahal.

“Pada suatu ketika nanti, beliau perlu mengubah pendiriannya. Malah, peranti elektronik kini telah dikecualikan tarif dan Mahkamah AS sedang mencabar kesahihan kuasa Presiden dalam mengenakan tarif tersebut,” ujarnya.

Dr. Mahathir turut memaklumkan kunjungan kali ini berkemungkinan merupakan penyertaan terakhir beliau dalam forum antarabangsa itu.

Katanya, sejak menghadiri forum itu 30 tahun lalu, beliau hanya terlepas tiga kali daripada menyertainya kerana masalah kesihatan dan pandemik Covid-19.

“Mungkin ini merupakan penyertaan terakhir saya dalam forum ini. Saya amat meminatinya kerana ia menyediakan platform untuk berkongsi idea dan pandangan mengenai masa depan Asia.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada Forum Nikkei mengenai Masa Depan Asia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN