SHAH ALAM: Bekalan tanaman dan ternakan di seluruh negara masih terkawal susulan fenomena cuaca panas serta kering yang melanda negara ketika ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, pihaknya setakat ini tiada menerima aduan atau maklumat mengenai isu bekalan yang terjejas teruk, sebaliknya hanya melibatkan kes terpencil dan tidak secara menyeluruh. “Aduan itu memang ada tetapi kecil dan ia kerana faktor cuaca sama ada ketika kemarau atau banjir. “Setakat ini, kita mendapati tidak banyak (bekalan) yang terjejas dan keadaan masih lagi terkawal,” katanya selepas merasmikan program…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya