Ciri-ciri seseorang dapat haji mabrur

Ciri-ciri seseorang dapat haji mabrur

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ciri-ciri seseorang dapat haji mabrur

SOALAN
Apakah ciri-ciri seseorang yang menunaikan haji telah mendapat haji mabrur?

Karimi
Klang

JAWAPAN
Antara ciri-ciri haji diterima adalah dia semakin dekat dengan Allah Taala. Contohnya, individu berkenaan semakin rajin pergi rajin ke masjid, mempertingkatkan amal ibadahnya, dan semakin sabar serta pemurah.

Memakai pakaian bergambar minuman keras ketika solat

SOALAN
Saya pernah melihat dalam jamaah solat ada yang memakai pakaian bergambar minuman keras. Apakah hukumnya memakai pakaian seperti itu atau objek haram lain ketika solat?

Fendy
Damansara

JAWAPAN
Tidak boleh memakai baju atau sebarang pakaian yang bergambar barang haram seperti minuman keras, walaupun solatnya itu sah sekiranya menutup aurat.

Kenapa Islam banyak mazhab?

SOALAN
Apakah punca agama Islam terbahagi kepada beberapa mazhab? Tidakkah ini mengelirukan umat Islam sendiri?

Kalid
Mimbar keliru

JAWAPAN
Punca Islam terbahagi kepada mazhab kerana keperluan kefahaman. Ini kerana ramai yang masuk Islam daripada bukan Arab dan kelemahan ilmu syariah maka munculnya mazhab-mazhab untuk menafsirkan Islam.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada  [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN