GOMBAK: Calon yang mendapat keputusan 5A dan 4A dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 meningkat. Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff berkata, pada tahun 2024, bilangan calon yang mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil telah meningkat. Kata beliau, calon yang mendapat 5A dalam STPM 2024 meningkat kepada 53 calon berbanding 41 calon dalam peperiksaan STPM 2023. “Bilangan calon yang mendapat 4A…