Calon Malaysia dipilih sebagai IPHRC

Calon Malaysia dipilih sebagai IPHRC

Prof. Emeritus Datuk Dr. Aishah Bidin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Calon Malaysia, Prof. Emeritus Datuk Dr. Aishah Bidin dipilih sebagai Ahli Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) bagi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Wisma Putra dalam kenyataan berkata, sesi pemilihan yang diadakan semalam di sela-sela Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Negeri (CFM) ke-51, Istanbul, telah diketuai Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mewakili Malaysia.

Katanya, Aishah akan mula berkhidmat dalam suruhanjaya tersebut bagi penggal 2025-2028 bermula Ogos ini.

“Aishah mempunyai pengalaman dan pendedahan yang meluas dalam bidang hak asasi manusia dan kemanusiaan, terutama sekali semasa berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

“Beliau pernah menjadi wakil Malaysia ke Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).

“Beliau juga sering diundang sebagai pakar rujuk di forum-forum anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pertubuhan antarabangsa yang lain,” kata kenyataan itu.

Ditubuhkan pada 30 Jun 2011, IPHRC yang terdiri daripada 18 ahli suruhanjaya berperanan sebagai badan pakar bebas yang memberi khidmat nasihat kepada OIC dalam bidang hak asasi manusia.

Keahlian Malaysia dalam IPHRC sekali gus akan menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi negara-negara anggota untuk kesejahteraan serantau. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN