Bunga ganja seberat 14 kg dirampas, cuba diseludup ke Eropah

Bunga ganja seberat 14 kg dirampas, cuba diseludup ke Eropah

ZULKIFLI Muhammad (tiga kanan) menunjukkan dadah jenis pil ekstasi dan syabu yang dirampas pada sidang akhbar JKDM di Kompleks Kastam Kargo, KLIA,. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hasrat seorang lelaki tempatan untuk bercuti ke sebuah negara Eropah bukan hanya terbantut akibat rekod senarai hitam, sebaliknya pemeriksaan ke atas bagasinya menemukan dadah jenis ganja.

Pengarah Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Zulkifli Muhammad berkata, suspek sebelum itu ditahan pada 17 April lalu di KLIA Terminal 1 oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) kerana mempunyai rekod senarai hitam.

Bagaimanapun, katanya, pemeriksaan bagasi menemui dadah jenis bunga ganja seberat 14,653.20 gram bernilai hampir RM1.44 juta

“Siasatan mendapati, dadah itu dimasukkan ke dalam plastik kedap udara bagi mengelak dikesan oleh pihak berkuasa dan cuba diseludup keluar menggunakan bagasi dan didaftar masuk secara bagasi daftar masuk,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, ketika imbasan dilakukan, suspek cuba melarikan diri, namun digagalkan oleh anggota kastam yang bertugas.

Zulkifli berkata, suspek bagaimanapun telah didakwa baru-baru ini mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, dalam kes berasingan, Zulkifli berkata, pihaknya turut merampas 5,310.20 gram pil ekstasi bernilai RM900,000 di terminal kargo, udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA.

Menurutnya, pil ekstasi itu dipercayai cuba diseludup masuk dari negara Eropah dan diikrar sebagai komponen komputer.

Selain itu, kes berikutnya membabitkan rampasan dadah jenis syabu yang dirampas di terminal kargo, udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA seberat 10,184.60 gram bernilai lebih RM300,000.

“Dadah itu ditemui dalam satu serbuan pada 24 Mei lalu dan disorokkan dalam beg pakaian untuk dihantar ke Salah sebuah negara Ocenia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN