Bot penumpang bawa lebih penumpang pecut laju elak ditahan

Bot penumpang bawa lebih penumpang pecut laju elak ditahan

SEBUAH bot penumpang yang membawa lebih muatan ditahan Maritim Malaysia di Muara Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Cubaan sebuah bot yang membawa penumpang lebih muatan untuk meloloskan diri gagal apabila bot tersebut  dipintas Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), petang semalam.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, bot yang membawa 26 penumpang ity melebihi kapasiti yang ditetapkan iaitu 12 orang ditahan pada kedudukan 29.6 batu nautika muara Kuala Terengganu, kira-kira pukul 5 petang.

“Mereka cuba melarikan diri dan mengelak daripada diperiksa oleh anggota Maritim Malaysia yang sedang melakukan rondaan di sekitar perairan Kuala Terengganu. Ketika ditahan, pemeriksaan mendapati bot yang dikendalikan dua lelaki tempatan berusia 19 tahun hingga 21 tahun itu membawa lebih penumpang dan gagal mengemukakan lesen bot serta tidak mempamerkan perakuan kompitensi,” katanya.

Hamiludin berkata, difahamkan bot itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Redang menuju ke Kampung Mangkuk, Penarek di Setiu.

“Lebih membimbangkan, segelintir penumpang bot itu tidak memakai jaket keselamatan dan jeadaan ini sangat membahayakan nyawa, terutamanya ketika cuaca tidak menentu. Bot tersebut kemudiannya telah ditahan dan dibawa ke Jeti Maritim Negeri Terengganu untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1952,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN