Bot pelancong operasi tanpa lesen ditahan di muara Kuala Besut

Bot pelancong operasi tanpa lesen ditahan di muara Kuala Besut

SEBUAH bot yang dipercayai beroperasi tanpa lesen di tahan pada jarak 11 batu nautika Timur Laut dari Kuala Besut, Besut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT : Tindakan sebuah bot pelancongan beroperasi tanpa lesen membawa padah apabila ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu, semalam. 

Pengarahnya, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, bot tersebut ditahan pada jarak 11 batu nautika timur laut muara Kuala Besut, kira-kira  pukul 6.30 petang ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Besut selepas membawa penumpang melakukan aktiviti rekreasi di sekitar Pulau Redang.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan mendapati nakhoda bot itu gagal mengemukakan lesen bot dan didapati mengendalikan bot tanpa sijil kompetensi yang sah. Bot berkenaan  diiring masuk ke Jeti Pos Maritim Kuala Besut untuk tindakan lanjut dan  kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 (MSO),” katanya di sini hari ini. 

Katanya, tindakan pengusaha beroperasi tanpa lesen serta tiada sijil kompetensi bukan sahaja melanggar undang-undang, malah mendedahkan penumpang kepada risiko kemalangan di laut. 

Beliau berkata,  musim cuti sekolah menyaksikan peningkatan ketara pelancong ke pulau-pulau peranginan di sekitar Terengganu dan keselamatan sewajarnya diberi keutamaan oleh semua pihak. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN