Berpada-pada buat kandungan media sosial, komen tragedi bas

Berpada-pada buat kandungan media sosial, komen tragedi bas

FAHMI Fadzil beramah mesra dengan penuntut UUM pada Forum Mini 4 MPI-UUM: Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital di UUM Sintok di Changlun, Kedah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHANGLUN: Pengguna media sosial tidak boleh melampaui batas dalam menghasilkan kandungan (content) atau memberi komen berhubung nahas meragut 15 nyawa penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, Perak semalam.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap pihak perlu menjaga adab bagi menghormati privasi dan perasaan semua keluarga mangsa terlibat.

“Saya terlihat satu kandungan yang dihasilkan. Ada individu yang singgah ke lokasi kemalangan dan membuat konten di dalam bas itu. 

“Walaupun mesejnya adalah mesej takziah tetapi bagi saya itu kawasan yang dalam siasatan pihak berkuasa, maka berpada-padalah dalam menghasilkan kandungan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Forum Mini 4 MPI-UUM: Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.

Katanya, tragedi itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang berlangsung esok dan tindakan-tindakan lanjut akan dibuat selepas laporan pihak berwajib diperoleh.

Sementara itu, sebanyak 13,470 unit WiFi telah dipasang di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara dalam usaha mempertingkat capaian internet dalam kampus universiti.

Fahmi berkata, pemasangan WiFi itu sudah berada pada fasa kedua dengan sasaran pemasangan sebanyak 32,000 unit dengan fasa itu akan selesai dalam tempoh kira-kira lima atau enam minggu lagi.

“Fasa ketiga dijangka bermula tahun ini dengan melibatkan beberapa aspek penambahbaikan di setiap kampus. Selain IPTA, program sama akan dilaksanakan di politeknik dan juga kolej-kolej komuniti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN