Bercinta dengan hantu pun saya okay - Amerul Affendi - Utusan Malaysia

Bercinta dengan hantu pun saya okay – Amerul Affendi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Amerul Affendi mengakui tidak pernah ditawarkan berlakon karakter yang memerlukannya bercinta di dalam naskhah.

Lebih sering melakonkan karakter antagonis, Amerul atau Amerul Affendi Mohd Mawardi, 38, bagaimanapun ingin mencuba pengalaman baru seperti terlibat dalam naskhah romantik.

“Saya mahukan cerita cinta. Tidak sesuaikah muka saya? Kenapa akak beri reaksi begitu?

“Saya tak pernah berlakon bercinta, asyik jadi orang jahat sahaja yang menghalang cinta orang lain,” katanya berseloroh ketika ditanya mengenai karakter idaman oleh penerbit, Erma Fatima di sebuah program audio siar.

Tidak menyangka akan menerima jawapan sebegitu daripada Amerul, penerbit drama popular Bidaah itu terus mencadangkan nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah sebagai heroin.

“Okay apa kata kita bagi dia watak bercinta dengan Sophia Albarakbah, okay tak?” tanya Erma.

Bagaimanapun, Pelakon Lelaki Terbaik, Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur itu hanya ketawa ketika diusik Erma Fatima.

“Boleh, sebenarnya saya tak berharap lebih, bercinta dengan hantu pun saya okay,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN