Bella Dally luah rasa syukur dapat tunaikan haji - Utusan Malaysia

Bella Dally luah rasa syukur dapat tunaikan haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Bella Dally bersyukur kerana dapat mengerjakan haji baru-baru ini.

Dalam perkongsiannya di Instagram, Bella, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally, 33, meluahkan bahawa dia sangat tersentuh semasa menjalani rukun Islam kelima itu.

“Saya tidak dapat menggambarkan perasaan ketika itu. Tapi apa yang pasti adalah perjalanan untuk saya menjadi lebih baik tidak akan berakhir di sini,” katanya.

Menurut pelakon itu, pengalaman menjalani ibadah haji membantunya untuk muhasabah diri supaya lebih bersedia di masa akan datang.

“Hari ini, saya berhenti sejenak untuk merenung perjalanan saya dan apa yang menanti di hadapan.

“Apabila saya pulang ke tanah air, mungkin saya masih orang yang sama dari luar tetapi saya tidak mahu kembali tanpa perubahan di dalam diri.

“Saya berdoa kepada Allah supaya jadikanlah ini sebagai satu permulaan,” coretnya.

Sementara itu, Bella turut mendoakan mereka yang masih belum mempunyai kesempatan untuk menunaikan haji mendapat peluang yang sama sepertinya.

“Terima kasih kerana mendoakan saya kerana asbab daripada doa-doa itu dan rahmat Allah, perjalanan saya menjadi lebih lancar daripada apa yang saya bayangkan.

Dalam coretan akhirnya, Bella turut mendoakan agar semua individu yang mempunyai keinginan untuk menunaikan haji akan mendapat peluang pada masa yang terbaik.

“Saya berdoa agar sesiapa yang hatinya merindui untuk menunaikan haji akan dijemput segera, pada waktu yang paling sempurna menurut kehendak-Nya,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN