Beli hartanah mewah di Eropah guna dana sukuk

Beli hartanah mewah di Eropah guna dana sukuk

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya terdapat aset atau hartanah mewah dibeli individu bergelar Tan Sri menggunakan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang diseleweng.

Sumber mendedahkan kepada Utusan Malaysia, siasatan SPRM tidak menolak kemungkinan ada hartanah dimiliki suspek di Eropah, selain beberapa negara di rantau ini.

Sumber berkata, keterangan suspek belum diambil memandangkan individu itu masih menerima rawatan di hospital swasta.

“Siasatan SPRM masih berjalan bagi mengenal pasti aset-aset yang diperoleh daripada penyelewengan dilakukan,” katanya.

Difahamkan, siasatan dilakukan terhadap Tan Sri berkenaan membabitkan tuntutan palsu bernilai RM360 juta dan tuntutan RM416 juta, tidak termasuk tuntutan palsu fasiliti membabitkan bank bernilai RM50 juta.

Dalam pada itu, siasatan turut tertumpu kepada isu berkaitan rasuah bernilai RM12 juta.

Sebelum ini, dilaporkan aset dan akaun bank dengan nilai keseluruhan RM85.6 juta dibekukan SPRM susulan siasatan mem babitkan suspek berkaitan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang, antaranya 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta diikut akaun syarikat (RM33 juta) dan kenderaan mewah (RM7.65 juta).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, bara ngan lain disita adalah beg tangan bernilai RM3 juta, jam tangan (RM7 juta) dan hartanah (RM24.5 juta).

SPRM mengesyaki dana sukuk berjumlah ratusan juta ringgit yang disalurkan kepada syarikat kontraktor milik suspek telah disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak digunakan bagi tujuan pembiayaan projek lebuh raya berkaitan.

Wang itu kemudiannya diagihkan kepada syarikat dan individu tertentu, termasuk ke akaun Tan Sri yang bertindak sebagai penggerak utama dan seterusnya dipindahkan ke beberapa entiti lain, termasuk syarikat proksi dan akaun isteri ahli perniagaan berkenaan.

Wang itu digunakan bagi pembelian pelbagai aset seperti hartanah, kenderaan mewah, barang kemas dan beg tangan termasuk aktiviti perjudian, di samping perbelanjaan peribadi seperti pembelian hartanah dalam dan luar negara serta pelaburan melalui pelbagai transaksi kewangan berlapis yang bertujuan mengaburi sumber asal dana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN