Bas dua tingkat langgar lori tunda, sembilan penumpang selamat - Utusan Malaysia

Bas dua tingkat langgar lori tunda, sembilan penumpang selamat

ANGGOTA bomba mengeluarkan penumpang bas yang terlibat kemalangan dengan sebuah lori tunda di lebuh raya PLUS dekat Tapah. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH: Sembilan penumpang sebuah bas dua tingkat selamat selepas kenderaan dinaiki mereka melanggar belakang sebuah lori tunda di Kilometer (KM) 311.4 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran Tapah di sini hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 1.28 pagi.

“Sembilan penumpang bas berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Sementara pemandu bas yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba menggunakan peralatan khas dan mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan.

“Mangsa dihantar ke hospital terdekat menggunakan ambulans untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pemandu dan kelindan lori tunda tidak mengalami sebarang kecederaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN